KUALA LUMPUR – Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan kenapa pemimpin Pas beria-ia membantah peralihan kuasa yang dijanjikan Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto PRU-14.
Beliau menjelaskan, tindakan pemimpin Pas itu seolah tidak mahu janji peralihan kuasa Perdana Menteri dari Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ditunaikan.
“Sebelum ini pemimpin Pas mendesak PH menunaikan semua janji manifestonya. Mengapa mereka mengenai janji peralihan kuasa PH?,” soal beliau yang dipetik Roketkini.com hari ini.
Mahathir sebelum ini menyuarakan tempoh peralihan kuasa beliau kepada Anwar adalah selepas berakhir Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) akhir tahun ini.
Ia juga akan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari ini.
Bagaimanapun, komitmen PH itu mendapat bantahan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang mendakwa perbincangan mengenai peralihan kuasa kononnya mencabuli kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, kenyataan Takiyuddin itu membuatkannya terfikir, dari mana peguam Pas itu mendapat ilmu perundangannya.
“Seorang lagi (pemimpin Pas) pula telah menyatakan yang Majlis Presiden PH tidak mempunyai locus standi untuk menentukan siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri.
“Mungkin, jika diperlukan satu bentuk ujian kecerdasan asas, kita akan dapat lihat pengurangan kenyataan tidak masuk akal daripada para ahli politik,” katanya. – MalaysiaGazette
Pas tak pening komunis. Yg penik ko kominis. Sbb takut tak dpt rosakkn ngra ni lbh lama lg..tu sbb ko penik ..pas dia buat mcn ni, takut tanah melayu ni rosak dgn idealogi komunis nnti ..rosak agama islam, rosak bngsa mlyu..doh punya si tua dap kfir harbi ni..
Orang Islam tak mahu PM yang ada rekod moral jijik dimahkamah!
Peralihan kuasa!, Mengapa LGE panik.
Pakatan Nasional – Mengapa LGE dan LKS meracau