Ketua DAP Selangor, Tony Pua mengesahkan bahawa beliau tidak akan mempertahan jawatannya dalam pemilihan parti peringkat negeri pada 9 Disember akan datang.
Tony Pua

KUALA LUMPUR- Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong tidak memahami matlamat Skim mySalam kerana skim kebajikan dan takaful seperti itu tidak pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua berkata, disebabkan itu, Ka Siong sering membuat pelbagai spekulasi dan tohmahan tidak berasas terhadap Skim mySalam.

Ini termasuklah membangkitkan kes-kes lama berkaitan masalah tuntutan yang pernah dilaporkan media pada tahun lepas, sedangkan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah mySalam telah memberi penjelasan terperinci mengenai isu tersebut pada 6 November 2019.

Jelasnya, antara masalah yang berlaku ke atas kes pertama adalah maklumat tidak lengkap seperti pengesahan doktor manakala tuntutan bermasalah kedua kerana pemohon telah menerima tuntutan hospitalisasi maksimum setahun iaitu sebanyak RM700.

“Janganlah disebabkan keangkuhan tidak mahu mengiktiraf kebaikkan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan, sanggup mengeluarkan bermacam tohmahan yang bukan sahaja mengelirukan malah mengaburi mata rakyat yang memerlukan bantuan kesihatan daripada Kerajaan dengan mengeluarkan bermacam tohmahan palsu.

“Kalau beliau tidak tahu, biar saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan sekali lagi kepada Pengerusi MCA bahawa Skim mySalam ini tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak kecuali rakyat Malaysia.

“Semua premium yang dibayar kerajaan, jika tidak digunakan sebagai tuntutan oleh penerima manfaat, akan dibayar balik kepada Tabung Amanah mySalam.

“Sekali lagi, hal ini telah pun dijelaskan secara berulang kali di Dewan Rakyat dan melalui kenyataan rasmi Kementerian Kewangan pada 6 Ogos 2019.

“Seperti mana-mana kebiasaan pelaksanaan inisiatif baru, proses penyebaran maklumat, aktiviti-aktiviti meningkatkan kesedaran untuk ianya menjadi tuntutan akan mengambil masa yang agak lama.

“Jumlah tuntutan sebanyak RM13.7 juta untuk tahun 2019 yang diumumkan dengan telusnya, tidak bermakna baki dana lesap disonglap seperti di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional.

“Sebaliknya, ia diperuntukkan untuk penerima-penerima skim mySalam untuk tahun- tahun yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujar Tony, kerajaan akan terus mempertingkatkan kerja-kerja penyebaran maklumat kepada orang ramai melalui usaha seperti penubuhan kiosk- kiosk mySalam di hospital-hospital kerajaan di setiap negeri untuk membantu rakyat dengan tuntutan-tuntutan Skim mySalam.

“Daripada sibuk membazir masa untuk menyebarkan tohmahan yang tidak berasas, adalah lebih baik sekiranya Dr Wee menggunakan laman sosial media beliau untuk membantu berkongsikan maklumat yang tepat dan sahih mengenai Skim mySalam yang disediakan secara percuma oleh Kerajaan Malaysia.

“Dengan ini, lebih ramai lagi rakyat Malaysia dapat menikmati manfaat takaful mySalam. Kecuali, Dr Wee memang tidak inginkan manfaat ini kepada rakyat?” katanya lagi.- MalaysiaGazette

Kata mySalam bantu B40 tapi sebelah kaki patah tak boleh tuntut insurans

 

3 Komen

  1. Ya ko faham sgt lh ya ..tahu kucing ko faham..ko dan puak2 dap kafur harbi sama je..sama2 penjahat n pyagat..anjing2 dap kafir harbi.

  2. Sepatutnya perihatin terhadap gulongan warga emas yg.banyak masalah kesihatan. Dulu kerja keras utk.memajukan negara,bila dah tua sakit kerajaan tak pandang pun masalah gulungan ini,bila masa nak mengundi sanggup tolak kerusi roda diaorang utk.dpt.kan undi. Lepas menang …hampeh…habuk pun tarak.

Comments are closed.