KUALA LUMPUR – Keputusan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menghentikan prosiding ke atas semua suspek yang didakwa ada kaitan dengan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) berkuat kuasa serta-merta sangat mengejutkan negara.
“Takkanlah daripada 34 pertuduhan tidak ada satu pun yang boleh disabitkan pada suspek?,” soal Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Aminuddin Yahaya.
Persoalannya, kata beliau, apakah pihak polis telah menangkap mereka yang terbabit tanpa ada bukti yang cukup dan kukuh sedangkan dalam kenyataan Ketua Polis Negara mengatakan bahawa mereka tidak menangkap semberono tetapi dengan bukti.
“Adakah pihak polis sudah menjadi begitu lemah sehingga isu yang besar seperti ini boleh terlepas dengan mudahnya sebegini?,” tanya beliau.
Soalnya, selepas beberapa kes yang melibatkan pihak-pihak tertentu digugurkan sebegini, apakah ada satu konspirasi peringkat tertinggi di pejabat Peguam Negara.
Peguam Negara tamatkan prosiding jenayah terhadap 12 individu sokong LTTE
Ini sudah tentu memberikan mesej yang salah kepada rakyat yang menampakkan semua isu yang melibatkan penyokong DAP terlepas, walhal rakyat yakin polis tidak akan tangkap tanpa ada bukti yang cukup.
“Apakah negara sedang menuju ke era keganasan dengan terbebasnya suspek-suspek yang terkait dengan organisasi pengganas dengan mudah sebegini? Masih selamat lagikah negara kita ini?,” soal beliau lagi.
Lantaran itu, beliau menyeru rakyat untuk mendesak supaya Tommy meletakkan jawatannya sebagai Peguam Negara kerana telah terbukti beliau tidak mampu dan tidak kompeten serta bersikap bias dalam membuat keputusan. – MalaysiaGazette
Mempunyai gambar idola di telefon bimbit tidak menukar seseorang menjadi pengganas – AG
sebab yang kena tuduh itu semuanya puak2 dia. tunggu kes rogol nanti… kes ADIP sampai sekarang senyap adakah AG nak gugurkan kes juga. nampaknya g2 lah jawapannya agaknya. cuba kena puak lain tak asa kes pon congkil walaupon dah berpuloh tahun apa punya hakim agakny tu nasib ler rakyat Malaysia.
Dah agak dah, hanya membazir masa polis sahaja!
Bkn desak dia ltak jwatan..pevat or buang trus mnusia yg tidak adil ni…selagi mnusia ni ada dlm perundangan ngra. Selagi tu lh perudangan ngra akn rosak..pm latak org kafir jadi ktua kpd perundangan..perkara yg ptg seprti ketua perundang mesti bangsa mejoriti supya tidak blaku mcn ni..harap puan2 dap kafir harbi ni kita buang jauh2 dlm pru15 nnti..
Contoh bolh kita tgok je. Pasa bekas pm , tak ada bukti pun trus je cari kesalahn ..dah trang2 bukti tak kukuh, gugur je lh..knpa nk dakwa juga..ini lh nama nya pendakwaan terpilih n ikut puak dn bngsa..bhya lantik mnusia mcn ni ktuai badan law ngara..