PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seorang penghantar makanan Foodpanda maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam nahas jalan raya di Batu 11 Jalan Labu, Kampung Lambar dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Nor Marzukee Besar berkata. dalam nahas pada 6.18 petang itu, mangsa Muammar Gaddafi Jamalludin, 25, cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata. nahas itu melibatkan motosikal mangsa jenis Honda Wave, sebuah kereta Nissan Terrano dan sebuah Perodua Myvi.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dari Seremban menuju ke Nilai apabila sampai di tempat kejadian telah bergesel dengan Nissan Terrano yang sedang berhenti untuk membelok ke kanan, menyebabkan mangsa terjatuh di lorong bertentangan.

“Perodua Myvi yang berada di lorong bertentangan tidak sempat mengelak dan terus melanggar mangsa. Akibat nahas itu, mangsa telah mengalami kecederaan di kepala dan meninggal di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke unit forensik Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama