KUALA LUMPUR – Tindakan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menghentikan prosiding jenayah terhadap 12 individu yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dianggap merbahaya, memalukan serta membelakangkan kuasa Menteri Dalam Negeri (KDN).

Peguam Datuk Haniff Khatri Abdullah berkata, beliau mengakui Peguam Negara mempunyai kuasa untuk membawa pertuduhan, meneruskan atau menggugurkan pertuduhan jenayah.

Bagaimanapun tindakan Tommy melalui kenyataan 11 muka surat hari didapati bukan sahaja membelakangkan kuasa seorang Menteri, malah contoh-contoh yang diberikannya agak merbahaya.

Kata Haniff, kenyataan Tommy itu memperkecilkan pelbagai pihak termasuk pasukan pendakwa raya serta siasatan polis berhubung kewujudanan kumpulan LTTE dan pihak-pihak yang menyokongnya.

“Maaflah, dengan penuh rendah diri saya katakan ini. Saya sebenarnya tidak bersetuju dengan kandungan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Tommy bagi menamatkan prosiding terhadap 12 individu menyokong LTTE ini.

“Memang benar mungkin di Sri Lanka dan Eropah, LTTE tidak lagi dianggap sebagai satu kumpulan pengganas tetapi bagaimana pula di Malaysia? Di sini, ianya masih lagi digazetkan sebagai satu organisasi pengganas. Kita masih tertakluk dengan undang-undang kita.

“Sepatutnya Tommy menasihati terlebih dahulu Menteri Dalam Negeri untuk menggugurkan kumpulan LTTE dari yang digazetkan kerajaan sebagai satu organisasi pengganas.

“Walaupun senarai pertubuhan pengganas perlu dikaji setiap enam bulan, tetapi ia tertakluk kepada keputusan Menteri berkenaan dan bukannya hak Peguam Negara untuk membatalkan kesemua pertuduhan.

“Hakikatnya Peguam Negara tidak boleh menidakkan kuasa seorang Menteri Dalam Negeri itu, melangkaui kuasanya dengan membuat keputusan seperti ini,” katanya.

LTTE: Imej Jabatan Peguam Negara, polis, kerajaan tercalar

Kata Haniff lagi, pada hakikatnya selepas kematian pemimpin LTTE, Velupillai Prabhakaran, dia digantikan oleh Selvarasa Pathmanathan.

Selvarasa telah ditangkap di Kota Damansara, Malaysia pada Ogos 2009 dan dihantar pulang ke Sri Lanka.

“Itu tidak memberikan apa-apa jaminan bahawa selepas kematian Prabakaran, LTTE sudah tidak aktif, lebih-lebih lagi dengan tangkapan Selvarasa pada 2009 di negara ini.

“Jangan kita lupa dengan kenyataan Datuk Ayob Khan yang terlibat dengan siasatan kumpulan LTTE ini, beliau pernah mendedahkan tentang sasaran mengebom kedutaan Sri Lanka di Malaysia enam tahun dahulu oleh ahli LTTE.

“Alasan Tommy kononnya isu LTTE ini sebenarnya enam tahun dahulu sebenarnya langsung tidak masuk akal, malah sebenarnya agak merbahaya sekali,” tegasnya.

LTTE: Peguam Negara perlu nilai kembali tamatkan prosiding – Ashraf

Dalam pada itu, jelas Haniff, Tommy tidak sepatutnya memutuskan LTTE telah mansuhkan kerana masih terdapat pihak yang mahu menghidupkan falsafah perjuangannya.

“Begitu juga dengan isu fahaman Nazi. Lambang swastika dan pemimpin Adolf Hitler masih lagi menjadi kebimbangan dunia kerana ada pihak yang masih mahu menghidup falsafah perjuangan yang disifatkan sebagai anti-semitik.

“Isu keganasan ini sebenarnya amat kompleks sekali, jangan fikir satu organisasi itu boleh mati atau mansuh begitu sahaja, selagi ada mana-mana pihak bersimpati dan menyokong falsafahnya, itu bermakna ianya akan dihidupkan kembali,” ujarnya.

Sementara itu, Haniff membidas tindakan Tommy yang seolah-olah cuba memalukan pegawai pendakwa yang membawa kes ini ke mahkamah dengan fakta dan bukti.

“Tidak adil langsung apa yang kamu buat kepada pegawai pendakwa kamu ini. Kamu memalukan mereka sebenarnya dan semua ini langsung tidak boleh di terima,” tegasnya. –MalaysiaGazette

Peguam Negara tamatkan prosiding jenayah terhadap 12 individu sokong LTTE

5 Komen

  1. Tak perlu lah parlimen penat2 membahaskan rang undang2 anti keganasan bagi kepentingan ketenteraman awam..tindakan peguam negara sekarang telah menidakan kewujutan akta tersebut. Saya sangat setuju dengan apa yg di nyatakan diatas..

  2. Tak usahlah lagi pihak polis untuk menyiasat kes2 seumpamanya, hanya membazirkan masa! Sangat membuang masa dan wang rakyat! Lebih baik fokus kepada siasatan musuh2 politik pakatan hancing bacin sahaja!

  3. Anda semua peguam2 lebih faham undang2! Bersatulah untuk menyingkirkan Tommi! Itu pun kalau anda semua rasa mahu berbuat bakti kepada rakyat!

    Kesian kepada rakyat yang merasa terancam!

  4. Dicadangkan agar kerajaan membebas dan membayar ganti rugi kepada mereka yg telah dihukum kerana mempunyai kes yg mirip dgn isu ini di masa lalu (jika ada) – agar tidak ada tindakan “double standards” mengenainya.

    Kepada pengamal undang2 – mohon sangat2 agar mengambil perhatian dan tindakan mengenainya.

Comments are closed.