Dewan Rakyat Parliament
Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Centre for Independent Journalism menolak sebarang pembentukan kerajaan pintu belakang dan menggesa supaya kerajaan mendapat mandat baharu menerusi pilihan raya umum.

Jelasnya, sebarang pembentukan kerajaan seperti yang dilaporkan iaitu melibatkan UMNO adalah satu penghinaan kepada janji yang pernah dibuat oleh Bersatu dan 11 lagi Ahli Parlimen PKR yang sebelum ini merupakan ahli Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, UMNO yang menjadi parti mendominasi Barisan Nasional itu telah ditolak rakyat semasa pilihan raya umum ke-14 yang lalu.

“Kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dengan penarikan diri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan 11 ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat adalah satu pengkhianatan terhadap pengundi yang mahu menukar kerajaan buat pertama kalinya selepas 61 tahun kemerdekaan.

“Kejayaan bersejarah Pakatan Harapan itu terlakar di atas janji-janji para pemimpin mereka yang mahu menghapuskan rasuah, melaksanakan reformasi institusi dan meningkatkan taraf hidup rakyat seperti yang termaktub dalam manifesto Buku Harapan,” katanya lagi.-MalaysiaGazette