Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dilihat meninggalkan Perdana Putra selepas berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad.

PUTRAJAYA – Timbalan Presiden PKR yang dipecat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat memasuki bangunan Perdana Putra jam 11.39 pagi.

Ia dipercayai bagi menemui Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan senarai ahli Jemaah Menteri yang baharu.

Sebelum itu, bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilihat meninggalkan Perdana Putra selepas 20 minit memasuki perkarangan Perdana Putra.

Antara yang sudah ada di dalam Perdana Putra adalah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Bersatu.

Malah dipercayai Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah berada di Perdana Putra. – MalaysiaGazette