Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ringgit susut lagi berbanding dolar US hari ini berikutan spekulasi pengaturan semula landskap politik negara.

Sentimen ini dilemahkan lagi dengan pengumuman nasihat perjalanan yang lebih lanjut mengenai wabak COVID-19.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu menurun kepada 4.2310/2350 berbanding dolar US daripada  4.2240/2270 yang direkodkan semalam.

Ketua Strategi Pasaran AxiCorp Stephen Innes berkata banyak amaran perjalanan terus dikeluarkan, terbaru datang dari Taiwan yang menaikkan tahap berjaga-jaga untuk Korea Selatan, ini merencatkan lagi  sentimen di kalangan pelabur.

Sementara itu, Hong Kong turut melaporkan penurunan besar-besaran dalam eksport serta import bagi Januari.

“Jika ini adalah membayangkan hal yang akan datang, saya fikir pelabur di seluruh dunia perlu berjaga-jaga untuk menunggu perkara yang paling buruk dalam ruang lingkup ekonomi ASEAN,” katanya kepada Bernama.

Semalam, Bank Negara Malaysia berkata bahawa ia sedang memantau pasaran kewangan berdasarkan perkembangan terkini dalam landskap politik negara.

BNM menyedari bahawa pergerakan ringgit akan terus ditentukan pasaran, operasi BNM akan terus memastikan agar keadaan pasaran kewangan adalah mencukupi dan teratur.

Pada penutup, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding dengan mata wang utama yang lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0256/0289 daripada 3.0126/0152 yang dicatatkan semalam dan menyusut berbanding Yen kepada 3.8324/8371 daripada 3.7941/7978.

Mata wang tempatan itu turut menurun berbanding Euro kepada 4.5902/5962 daripada 4.5678/5728 dan tergelincir menentang pound kepada 5.4969/5038 daripada 5.4464/4520. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Pasaran, keadaan sekeliling mula bertindakbalas sebab tiada kepercayaan kepada pakatan hancing!

    Kepada orang luar, barat, pergolakan ini adalah pergolakan PERIBADI antara dua musuh politik sepanjang zaman Atok vs Non! Itu sahaja.

    Tak caya bacalah CNN ke apa2 ke?

    Kah..kah..kah…

Comments are closed.