TERKINI : MESYUARAT? “Saya Tak Tahu, Saya Datang Lambat” – Wan Azizah

Satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan mengenai hasil keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan selepas ini.

Itu jawapan ringkas , Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui di kediaman beliau malam tadi.

Pengamal media yang berlobi di hadapan kediaman beliau di Bukit Segambut Dalam, Segambut di sini mendekati kenderaan Vellfire putih yang dinaiki Wan Azizah setelah tiba di hadapan pintu gate utama kediaman peribadinya.

Seperti biasa, Ahli Parlimen Pandan itu menurunkan cermin dan melemparkan senyuman terhadap wartawan yang mendakatinya.