Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Pentadbiran Donald Trump telah menghantar permohonan bajet kepada Kongres untuk bajet sebanyak AS$2.5 bilion bagi menangani Covid-19.

Lebih daripada AS$ 1 bilion wang akan digunakan untuk pembangunan vaksin, kata White House.

“Hari ini, pentadbiran sedang menghantar permohonan kepada Kongres pelan pembiayaan tambahan sebanyak AS$ 2.5 bilion.

“Dana ini untuk mempercepatkan pembangunan vaksin, menyokong kesediaan dan tindak balas aktiviti serta mendapatkan peralatan dan bekalan yang sangat diperlukan,” kata Rachel Semmel, jurucakap Pejabat Pengurusan dan Belanjawan Gedung Putih, dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette