KUALA LUMPUR – Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail belanja wartawan yang berkumpul di hadapan kediamannya dengan nasi kukus ayam berempah.
Kediaman bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjadi tumpuan media sejak semalam berikutan kemelut politik yang melanda negara ketika ini.
Pengawal peribadi Wan Azizah telah menyampaikan bungkusan nasi kukus ayam berempah dan botol air mineral kepada kira-kira 20 wartawan dan jurukamera yang berkampung di hadapan rumahnya sejak 7 pagi tadi.
Pagi tadi Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Pandan keluar dari kediamannya ke pejabat Timbalan Perdana Menteri untuk mengemas barang-barangnya di Putrajaya.
Beliau yang balik semula sebelum meninggalkan kediamannya untuk ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agung bagi pengesahan sokongan kepada penubuhan kerajaan baru. -MalaysiaGazette