Pengerusi Amanah Johor (lima dari kiri) bersama ADUN Amanah Johor dalam sidang akhbar yang diadakan di Hotel Thistle, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (Amanah) negeri ini menganggap kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad yang mendakwa lima wakil rakyat PKR dan Amanah yang bersetuju menyertai mereka satu tindakan terdesak.

Pengerusi Amanah negeri itu, Aminolhuda Hassan menyifatkan dakwaan Hasni itu sebagai cubaan memecah-belahkan perpaduan Pakatan Harapan (PH).

“Amanah Johor menjunjung muafakat PH negeri ini serta mendokong penuh keputusan Amanah di peringkat nasional untuk menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam sidang media hari ini.

Bagaimanapun Aminolhuda mengesahkan pihaknya masih menerima tawaran daripada beberapa parti politik bagi membolehkan kerajaan negeri yang baharu dibentuk.

Namun, katanya, kesemua sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu termasuk Speaker DUN, Suhaizan Kaiat sudah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk kekal bersama PH.

Semua ADUN itu selain dirinya (Parit Yaani) ialah Dzulkefly Ahmad (Iskandar Puteri), Datuk Seri Salahuddin Ayub (Simpang Jeram), Ir. Dr. Faizul Amri Adnan (Serom), Dr. Sulaiman Mohd. Nor (Kemelah), Muhamad Said Jonit (Mahkota), Nor Hayati Bachok (Maharani), Muhammad Taqiuddin Cheman (Pulai Sebatang), Ir. Khairuddin A. Rahim (Senggarang).

Hanya Salahuddin sahaja tidak menghadiri sidang akhbar tersebut kerana berada di Kuala Lumpur.

“Memang ada kita tak nafikan itu (tawar-menawar) kata orang masa proses tawar menawar tapi saya yakin kita ada prinsip dan kita juga ada matlamat untuk membentuk kerajaan negeri.

“Jadi, kita yakin dan percaya atas matlamat itu kita bersama dan kekal bersama dan begitu juga rakan-rakan yang lain, kita nak ketenteraman rakyat dan negeri berada dalam keadaan stabil,” kata Aminolhuda.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kesemua ADUN BN, Pas sokong bentuk kerajaan baharu di Johor

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast