Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Ulasan Ketua Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dr. Rais Hussin berkaitan syarat ditetapkan Muafakat Nasional dalam membentuk kerajaan perpaduan mengelirukan.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan bagaimana Rais boleh mengetahui ‘rahsia’ itu sedangkan beliau tidak pernah terlibat dalam rundingan yang diadakan antara UMNO dan Pas.

“Ini sangat mengelirukan. Dia (Rais) tidak pernah terlibat dalam rundingan melibatkan UMNO dan Pas,” katanya menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Beliau menjelaskan demikian untuk memperbetulkan ulasan Rais dalam temubual dengan stesen televisyen swasta malam tadi yang dilaporkan berkata, UMNO dan Pas tidak pernah menuntut supaya DAP dikecualikan daripada kerajaan perpaduan yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Rais Hussin

Rais berkata, hanya ada dua syarat yang dikemukakan iaitu UMNO dan Pas mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran secara en bloc atau keseluruhan dan keduanya mereka mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan pada kadar segera.

UMNO dan Pas yang membentuk Muafakat Nasional bersama MCA serta MIC menarik balik akuan sumpah (SD) ahli parlimen mereka untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional berikutan cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu menubuhkan kerajaan perpaduan tanpa berasaskan parti.

Menurut Annuar, Muafakat Nasional juga konsisten dengan dasar dan pendiriannya untuk tidak bersama dengan DAP dalam mana-mana kerajaan baharu dan bersedia berdepan dengan rakyat dalam pilihan raya umum. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kalau tanpa DAP, adakah UMNO sangup ke sokong Tun dengan hanya mengizinkan rakan-rakan mereka seperti PAS, MCA, MIC dan sahabat Sabah Sarawak menjadi menteri kabinet, ini kerana Tun tidak boleh bekerja dengan UMNO sahaja?

  2. Tak payah nak argue lagi le… yg dah sudah tu sudah le.. jadi anak jantan je.. buat PRU..kita nak tengok Bersatu ada tinggal berapa kerusi selepas ni

Comments are closed.