Kenderaan rasmi Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 26 FEBRUARI 2020.

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad memasuki pejabatnya di bangunan Putra Perdana  hari ini pada hari kedua beliau menjadi Perdana Menteri interim kerana kemelut politik tanahair.

Mahathir menaiki Proton Perdana bernombor pendaftaran Malaysia 2020 tiba jam 8.30 pagi dengan melambaikan tangan kepada wakil media yang menunggu di pintu utama.

Beliau dijangka menerima kunjungan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pagi ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Sallallahuddin Hassan menyampaikan 50 bungkus nasi lemak dan air mineral kepada petugas media.

JPM turut memasang dua khemah untuk petugas media berteduh. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mahathir bertemu Shafie Apdal esok