Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ringgit mengakhiri penyusutan nilainya berbanding dolar Amerika Syarikat selama tujuh hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu oleh peningkatan minat pelabur menjelang pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, esok.

Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.2230/2280 berbanding dolar AS daripada 4.2310/2350 pada Selasa.

Terdahulu, Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad menulis dalam laman twitternya bahawa beliau telah menghadiri mesyuarat dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan berhubung pembentangan pakej tersebut.

 Inisiatif itu bertujuan merangsang ekonomi negara dan menampan sebarang kesan akibat penularan COVID-19 dan ketidaktentuan luaran lain.

“Pengumuman (pakej rangsangan) itu akan membantu memulihkan semula keyakinan pelabur terhadap pasaran yang diasak tekanan akibat ketidakpastian yang melanda landskap politik tempatan,” kata seorang penganalisis kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0205/0245 daripada 3.0256/0289 pada Selasa, naik berbanding yen Jepun kepada 3.8280/8335 daripada 3.8324/8371 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4679/4761 daripada 5.4969/5038, semalam.

Ringgit bagaimana pun rendah berbanding euro kepada 4.5980/5047 daripada 4.5902/5962 sebelum ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Alahi hai apalah bodoh punya PM..yang ni dah masuk kali ke 3 di lantik sebagai PM…napa baru sekarang nak sibuk cakap rangsang ekonomi?..tu lah asyik nak jahanamkan orang sibuk nak lokapkan DSN…sekali di beri ALLAH SWT bala keatas kepimpinannya..baru nak kata berdoa kpd Allah swt agar di beri petunjuk…

Comments are closed.