Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berswafoto bersama penyampai radio Era FM, Ray ketika tiba di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 26 FEBRUARI 2020

PUTRAJAYA – “Semua ok. Kita nak percepatkan proses, doakan yang terbaik.”

Itu kata Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Syed Abdul Rahman ketika ditemui wakil media ketika memasuki bangunan Perdana Putra pukul 11.05 pagi ini.

Ahli Parlimen Muar itu memandu sendiri kereta jenis Perodua Myvi warna hitam dengan ditemani seorang lelaki.

Tidak diketahui sama ada kehadiran beliau itu untuk bertemu Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad atau sebaliknya.

Ketika ditanya sekumpulan media yang menunggu di pintu masuk bangunan berkenaan berhubung kehadirannya, bekas menteri itu hanya memberitahu, beliau baru pulang dari Istana Negara.

Terdahulu, media dikejutkan dengan kehadiran personaliti radio Ray, Haniff dan Dina dari stesen Radio Era.

Mereka memberikan sumbangan nasi lemak, mi dan air minuman sebagai tanda prihatin terhadap petugas media yang terpaksa berpanas di hadapan bangunan tersebut untuk membuat liputan perkembangan semasa berkaitan kemelut politik negara ketika ini.

“Kami pagi-pagi ada di konti, you all semua pagi-pagi dah berpanas di sini, respek kerja you all,” kata Ray. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast