Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan keluar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 26 FEBRUARI 2020

PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) menyerahkan sepenuhnya kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan h Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah untuk membuat sebarang keputusan.

Jelas Pressiden PKR itu,  PH menyerahkan kepada YDPA untuk memilih pihak mana yang akan mendapat tampuk pemerintahan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan perdana menteri dan dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan perdana menteri interim.

Ditanya mengenai jumlah sokongan yang diterima beliau setakat ini, kata Anwar, ia tidak molek untuk dibincangkan.

“Mengenai isu nombor (ahli parlimen yang sokongan PH), kami berikan kepada budi bicara Agong. Tidak molek untuk bincang mengenai jumlah sokongan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Kesemua 222 Ahli Parlimen Dewan Rakyat hari ini selesai menghadap YDPA untuk memastikan proses pemilihan parti pemerintah dapat dijalankan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, sebarang keputusan yang akan diputuskan oleh YDPA harus dihormati dan diterima semua pihak.

“Sekarang semua aktiviti berkaitan kerajaan mesti berhenti dan kita mesti menunggu keputusan Agong. Itu harus dihormati oleh semua pihak,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.