TERKINI : Anwar Umum Beliau sebagai Calon Perdana Menteri ke-8

Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan. Ketetapan itu diumumkan dalam sidang media khas Pakatan Harapan yang dihadiri oleh Anwar dan barisan kepimpinan DAP serta PAN iaitu Lim Guan Eng serta Mohamad Sabu.

Turut hadir veteran DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin kanan ketiga-tiga parti. Sidang media yang sepatutnya dibuat pada pukul 4.30 petang ditangguhkan bagi menunggu perutusan khas Tun Dr Mahathir Mohamad yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen.

Anwar berkata keputusan itu dicapai dalam Majlis Presiden semalam kerana Dr Mahathir telah meletakan jawatan sebagai Pengerusi PH dan tidak hadir dalam mesyuarat yang diadakan.

9 Komen

  1. Apara hg dok kencing lagi dulu pun kata harini kami menang esok minyak turun harga aku pun kna kencing dgn hampa dh.bubar la klu lagi 3tahun habis lingkop Malaysia hampa bg pelingkup

  2. Nak lantik ketua darjah pun chik gu class yg umum kan walau pun di calun kan oleh murid2.juara maharaja lawak pun kalah cam gini.

  3. Selak sgt nak kerusi PM. Lambat sgt tunggu punya tunggu ……… haiihhh….isytihar sendiri lahhh Muka tak malu

Comments are closed.