KUALA LUMPUR – BIMB Holdings Berhad (BHB) mencatatkan
rekod perolehan tahunan dengan Keuntungan Sebelum Zakat dan Cukai (PBZT) Kumpulan mencecah RM1.2 bilion atau kenaikan sebanyak 13.1% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.

Kedua-dua perniagaan perbankan Islam dan takaful masing-masing menunjukkan prestasi yang kukuh.

BHB berkata, perolehan sesaham BHB meningkat 44.75 sen berbanding 40.36 sen pada tahun kewangan sebelumnya.

Pertumbuhan PBZT tersebut diterjemah kepada ROE sebanyak 15.7%, sementara aset bersih sesaham mengukuh kepada RM3.34 berbanding RM2.97 yang dicatatkan pada akhir Disember 2018.

Sepanjang tempoh tinjauan, keuntungan bersih boleh diagih kepada para pemegang saham meningkat sebanyak 15.4% atau RM104.8 juta kepada RM786.9 juta.

Pada 29 November 2019, Lembaga Pengarah BHB telah mengisytiharkan pembayaran dividen interim satu peringkat bernilai RM282.3 juta atau 16.0 sen bagi setiap saham biasa
untuk FY2019.

Daripada jumlah yang diisytiharkan, kira-kira 62.89% atau RM177.8 juta telah diagihkan sebagai dividen tunai.

Manakala baki 37.11% yang berjumlah RM104.4 juta telah
diagihkan melalui Pelan Pelaburan Semula Dividen (DRP) pada kadar RM3.68 sesaham.

Sejumlah 28,381,100 saham biasa baharu telah diterbitkan di bawah DRP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast