Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Wisma Putra sedang menunggu pengesahan daripada Arab Saudi berhubung berita penggantungan umrah dan ziarah dari negara-negara yang mengalami Covid-19.

Menerusi ciapannya, Wisma Putra berkata, kenyataan rasmi akan dikeluarkan sewajarnya.

Media Arab Saudi hari ini melaporkan tentang keputusan negara itu yang menggantung semasa kemasukan jemaah umrah dan lawatan ke Masjid Nabawi.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Menteri Luar. – MalaysiaGazette

Covid-19: Arab Saudi gantung kemasukan jemaah umrah