TOKYO – Harga minyak jatuh untuk hari kelima kepada paras paling rendah sejak Januari tahun lalu ekoran peningkatan jumlah kes koronavirus di luar China meningkatkan kebimbangan yang boleh menyumbang kepada kelembapan ekonomi dan kejatuhan permintaan.

Harga minyak Brent susut sebanyak AS$0.63 kepada AS$52.80 setong pada 0414 GMT. Kontrak awal susut kepada paras AS$52.57 setong, terendah sejak 2 Januari 2019.

Niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) pula jatuh 1.2% kepada AS$52.80 setong, selepas kontrak awal menyusut serendah AS$52.57 setong terendah sejak 2 Januari tahun lalu.

Dalam lima sesi dagangan, Brent merosot 11% manakala WTI jatuh 10.6%, kerugian besar peratusan lima hari sejak Ogos 2019.

Semalam, buat kali pertama angka kes jangkitan koronavirus di luar China melepasi kes baharu di Tanah Besar itu. – MalaysiaGazette