JPN Selangor Ministry of Education (MOE) teacher rape jokes SMK Puncak Alam Ain
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 akan diumumkan pada 5 Mac ini.

Seramai 416, 416 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM pada tahun lalu di 3,313 pusat pemeriksaan di seluruh negara.

Kementerian Pendidikan berkata, calon boleh memperoleh keputusan SPM di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada tarikh tersebut.

Manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri, tempat calon mendaftar menduduki peperiksaan.

Semakan keputusan SPM 2019 juga boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip SPM<jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888.

Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada 5 Mac hingga 6 petang 11 Mac.

Semakan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan. – MalaysiaGazette