Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir pada sidang media Pakej Ransangan Ekonomi 2020 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 27 FEBRUARI 2020

PUTRAJAYA – Kerajaan mempunyai simpanan mencukupi untuk membiayai pakej rangsangan ekonomi bernilai RM20 bilion yang dilancarkan hari ini.

Menurut Perdana Menteri Interim Tun Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia mempunyai simpanan kira-kira RM2-3 trilion dalam Bank Negara Malaysia, Tabung Haji, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Kesemua entiti ini mempunyai rizab yang besar.

“Di KWSP sahaja kita ada simpanan hampir RM1 trilion tetapi kita ada simpanan di tempat-tempat lain juga yang boleh digunakan bila diperlukan,” katanya ketika melancarkan pakej rangsangan ekonomi di sini hari ini.

Ketika ditanya apakah Malaysia akan menerbitkan lebih banyak bon, Dr. Mahathir berkata, buat masa sekarang negara mempunyai wang yang mencukupi tanpa perlu penerbitan bon baharu.

Bagaimanapun opsyen tersebut boleh dipertimbangkan jika diperlukan pada masa depan. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tiba2 ada duit? Tiba2 ada simpanan 2 Trillion dr BNM, KWSP, TH? Jadi selama ni TH x rugi lah kan? Selama ni Malaysia tidaklah hampir bankrap kan?

    Penipu x beriman. Org x beriman, x layak diangkat sebahai pemimpin. Sama jerlah korang 2 org. Dua2 gila kuasa…

    Bubar!!!

Comments are closed.