Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Muafakat Nasional (MN) bersedia menjalinkan kerjasama dengan parti-parti lain, khasnya parti yang mewakili pelbagai kaum di Semenanjung bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, bagi  Sabah dan Sarawak MN menggunakan pendekatan berbeza dengan memberi kuasa autonomi penuh kepada mereka selari dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)

“Paling cepat PRU akan di adakan dlm masa 3 BULAN…PALING LAMA 3 TAHUN,” katanya dalam akaun Twitter.

Menurutnya, MN sudah sepakat untuk kuasa diserahkan kepada rakyat.

Berikutan itu, beliau memohon agar Parlimen dibubarkan.

“KITA TERUS BERJUANG SBG PEMBANGKANG BIARPUN SUSAH..kjaan KAKISTOCRACY SUDAH TUMBANG!,” katanya. – MalaysiaGazette