TERKINI : PH Melaka Perlu Tunjuk Bukti Ada Kerusi Majoriti

Kerajaan Melaka pimpinan Pakatan Harapan (PH) diminta segera membuktikan bahawa mereka memiliki kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mencukupi untuk kekal mentadbir negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh berkata, sekiranya gagal berbuat demikian, jentera pentadbiran kerajaan negeri akan tergantung ketika ini.

Jelas beliau, pada masa sama, Barisan Nasional (BN) kini sedang bersedia untuk membentuk kerajaan Melaka sekiranya memiliki bukti majoriti kerusi DUN.