KUALA LUMPUR – Senator Waytha Moorthy berkata, pembentukan kerajaan dengan barisan Kabinet yang seimbang merupakan pendekatan terbaik memastikan rakyat Malaysia benar-benar mendapat
perwakilan seimbang dalam kerajaan.
Bekas Menteri Perpaduan di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, barisan Kabinet yang terdiri daripada ahli politik, pemimpin masyarakat dan pemimpin agama, termasuk pakar-pakar ekonomi dapat merealisasikan aspirasi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mewujudkan kepimpinan negara yang benar-benar inklusif dalam memacu agenda Malaysia yang
lebih kukuh.
Beliau juga yakin Dr. Mahathir benar-benar dapat memilih dari kalangan pemimpin masyarakat dan agama, termasuk pakar-pakar dalam bidang politik dan ekonomi, yang difikirkan terbaik bagi memacu aspirasinya, terutamanya dalam kalangan mereka yang telah menyumbang secara progresif dalam pembentukan dan pengukuhan sebuah masyarakat inklusif.
Waytha juga bersetuju bahawa idea yang diutarakan oleh Dr Mahathir mungkin merupakan suatu jalan
penyelesaian terbaik demi memastikan kestabilan dan keharmonian negara.
Ujar beliau, sebagai sebuah negara yang semakin memperakui sumbangan setiap peringkat masyarakat, langkah terbaik seterusnya adalah memilih barisan kepimpinan yang benar-benar mencerminkan suatu Kabinet rakyat. – MalaysiaGazette
Wathiya ni…. Sokong sebab, dia nak semuanya sama…. Taraf kewarganegaraan, ugama, bangsa…. Bebas….
Balik kepada perlembagaan tanah Melayu… Mesti dia tak setuju…
Saya tak percaya Wathiya ini.