PH menyeru kerajaan memberi pengecualian duti import dan cukai jualan kepada bekalan perubatan kritikal lain yang digunakan penjawat dan pekerja kesihatan seperti alat perlindungan diri.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan Negeri Johor mengambil maklum bahawa Datuk Ir. Hasni Mohamad telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-8 semalam.

Namun, Pakatan Harapan menegaskan bahawa 28 Ahli Dewan Negeri Johor kekal bersama dengan Pakatan Harapan.

“Kami berpandangan bahawa, keadaan buntu (dead lock) ini akan menyukarkan urusan yang memerlukan kelulusan Dewan Negeri.

“Kami akan terus berkhidmat kepada rakyat sesuai dengan mandat yang diberikan kepada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14,” ujarnya dalam kenyataan di sini.

Hasni Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor berusia 61 tahun itu dilantik selepas gabungan BN, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bergabung bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal daripada parti Bersatu selepas gabungan baharu itu dibentuk. – MalaysiaGazette