Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan beliau terlibat mendapatkan 20 Ahli Parlimen untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya, Presiden UMNO itu menegaskan Muafakat Nasional tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan DAP. Pendirian kami tetap tidak berubah demi kebaikan agama, bangsa dan negara.

Mengingatkan pihak-pihak yang membuat spekulasi itu, Ahmad Zahid berkata, walaupun terlalu yakin tidak perlulah menggunakan pihak lain untuk mencapai cita-cita.

“Tuduhan ini tidak benar,” katanya.

Beliau mengulas laporan sebuah portal yang mendakwa Anwar bekerjasama dengan Ahmad Zahid untuk mendapatkan 20 Ahli Parlimen menyokongnya sebagai Perdana Menteri

Laporan itu memetik sumber yang mengesahkan bahawa Anwar telah berunding dengan Ahmad Zahid untuk memberi undian bagi menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri.

Malah, Anwar dikatakan telah menawarkan ganjaran jawatan kanan Menteri dan dibantu oleh Ahli Parlimen Baling, Dato’ Seri Azeez Rahim sebagai ‘pembawa beg’ untuk ditawarkan kepada Ahli-ahli Parlimen. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.