'Harimau' gergasi diangkut menaiki sebuah lori keluar dari kawasan The Mines Residence, Seri Kembangan.

SERI KEMBANGAN – Kehadiran seekor ‘harimau’ gergasi yang muncul di pintu gerbang A The Mines Residence telah mengejutkan para pengamal media yang berkampung di sini hari ini.

Ketika itu lebih 10 pengamal media pelbagai agensi tempatan sedang sibuk dengan kerja masing masing, tiba-tiba seekor ‘harimau’ gergasi itu muncul di pintu keluar perumahan elit yang juga diduduki Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anggaran ketinggian dan saiz sebenar ‘harimau’ gergasi itu tidak dapat dipastikan.

Ia dibawa keluar dengan lori khas.

Ketika ditegur pemberita salah seorang pekerja berkata, ‘harimau’ itu dipindahkan ke padang golf  The Mines yang terletak di sebelah perumahan tersebut.

‘Harimau’ itu dibawa secara berhati-hati mengggunakan lori tersebut.

MalaysiaGazette sempat merakam situasi menarik itu yang berlaku sekitar pukul 2 petang itu.-MalaysiaGazette