Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengadakan Mesyuarat Khas Pakatan Harapan di Yayasan AL-Bukhary, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 29 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil ceria dan bersemangat walaupun bermesyuarat sejak jam 3 petang di Yayasan al Bukhary  bersama-bersama pemimpin Pakatan Harapan.

Dr Mahathir keluar dari pejabatnya di Jalan Perdana sekitar 10.20 malam tadi disambut dengan laungan ‘114’ oleh para penyokong.

Angka tersebut didakwa oleh mereka sebagai jumlah sokongan ahli-ahli Parlimen yang menyokong Dr Mahathir sebagai perdana menteri berbanding Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik sebagai perdana menteri kelapan hari ini.

Reaksi ceria Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali melambai tangan sewaktu keluar meninggalkan Yayasan Al-Bukhary selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 29 FEBRUARI 2020.

Dr Mahathir hanya melemparkan senyuman sambil melambai-lambai kepada media dan penyokong yang menunggu lebih enam jam untuk mengetahui keputusan mesyuarat tergempar PH tadi.

Sebelum Itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang keluar juga ceria menunjukkan ibu jari kanan sambil menjerit ‘114’ beberapa kali.

Selain Anwar Ibrahim, beberapa pemimpin PH lain juga menyebut angka Itu termasuk Ahli Parlimen Batu Batu Sapi, Liu We Keong dan bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly. – MalayiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Ooooiii Che Det……bukan hang ka yg calonkan Muhyiddin jdi PM…..pelaq betoi la hangpa ni…..betoi2 p…ki mak….dok main2 kepentingan hangpa sajaaa….peeeelaaaaq!

  2. PH dakwa ada majoriti, PN nanti dakwa ada majoriti. Sampai bila nak selesai. Sokong Yang Dipertuan Agong lantik PM esok disegerakan

Comments are closed.