Parti Pribumi Bersatu Malaysia

KUALA LUMPUR – Armada Bersatu Kelantan akan terus menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Armada Kelantan berkata, setiap keputusan yang dibuat tanpa mendapat mandat keseluruhan Ahli Majlis Tertinggi tidak boleh mewakili parti.

“Pencalonan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia pada PRU ke-4 telah mendapat sokongan rakyat Malaysia dan antara faktor tumbangnya kerajaan Barisan Nasional.

“Armada Bersatu Kelantan akan terus mendokong amanat dan mandat rakyat yang telah diberikan pada PRU-14 yang lepas. Berikan sepenuhnya kepercayaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Parti Bersatu,” katanya.

Armada Kelantan turut pendirian untuk tidak akan bekerjasama dengan individu yang masih dalam siasatan skandal rasuah dan salah laku.

Malah, Armada Kelantan juga menolak sebarang usaha mewujudkan pemerintahan melalui pintu belakang dan terus mendorong Bersatu supaya terus menjadi parti Melayu yang bermaruah demi agama, bangsa dan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast