Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Beberapa pemimpin Muafakat Nasional (MN) dan Pakatan Harapan (PH) hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, di sini.

Pemimpin MN kelihatan memasuki Pintu 2, Istana Negara kira-kira jam 10.15 pagi tadi yang diketuai oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa.

Manakala rakan sekutunya, Pas turut kelihatan hadir yang diwakili oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.

Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di Istana Negara, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 29 FEBRUARI 2020

Kedatangan mereka juga bagi mengiringi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Muhyiddin Yassin.

Bagi pemimpin PH pula, mereka tiba di Pintu 2, Istana Negara kira-kira jam 11.50 pagi tadi dengan menaiki lima kenderaan berasingan.

Antara yang hadir ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Pengarah Strategi Amanah, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Turut sama menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kehadiran pemimpin parti politik hari ini susulan titah YDPA semalam masih tidak mempunyai keyakinan terhadap seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu.

Titah baginda itu dibuat selepas Majlis Raja-raja Melayu mengadakan mesyuarat tergempar pada pagi semalam berhubung perkembangan politik semasa.

Dalam titah itu, baginda juga berhubung dengan ketua-ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan pencalonan nama Ahli Parlimen sebagai bakal Perdana Menteri kelapan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Whoever is going to be the PM, lets not forget and forgo those individual who are still/ongoing/brush under the carpet cases be heard in court so that signal is heard by everyone that “nobody is against the law”

Comments are closed.