Zahida Zarik Khan

KUALA LUMPUR – Meskipun drama politik masih belum berkesudahan, namun peletakan jawatan Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah berita gembira kepada semua rakyat Malaysia.

Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan mendakwa, ini kerana Tommy adalah Peguam Negara paling gagal dalam pemerintahan Pakatan Harapan.

“Pendakwaan terpilih, gagal dakwa pembunuh Adib, gagal dakwa wakil rakyat DAP yang didakwa merogol, yang terbaru bebaskan OKT (orang kena tuduh) berkait kumpulan pengganas LTTE (Harimau Pembebasan Tamil Eelam),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau menaruh harapan agar Peguam Negara yang baru dapat mengembalikan maruah institusi keadilan di Malaysia.

Semalam, sebuah media berbahasa Inggeris melaporkan peletakan jawatan Tommy.

Media berkenaan yang memetik sumber sebagai berkata telah mengesahkan Tommy menghantar surat peletakan jawatan.

Kontrak Tommy sepatutnya berakhir pada Jun ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Agreed. Thank God, he has vanished into thin air. Matters pertaining to law should be handled carefully. All those involved in decision making, particularly lawyers, judges and public prosecutors should take a non-political and non-partisan stand by holding firmly on “fairness and justice” applicable to all citizens in a country.

Comments are closed.