Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Biarpun Barisan Nasional, Muafakat Nasional serta parti-parti lain yang bersahabat adalah blok terbesar pada masa ini tetapi pendekatan yang diamalkan sederhana dan terbuka.

Parti-parti ini, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sentiasa bersedia menyokong blok yang lebih kecil demi penyatuan ummah.

Malangnya, menurut beliau, usaha tersebut terus-menerus terhalang oleh politik marchiavelli – matlamat menghalalkan cara.

Beliau mengulas mengenai kemelut politik negara yang nampaknya masih belum ada penghujungnya selepas Pakatan Harapan (PH) membuat kejutan mencalonkan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi calon Perdana Menteri semula.

Dr Mahathir pada Isnin lalu menggemparkan negara apabila mengumumkan Bersatu keluar daripada PH, sekali gus merobohkan kerajaan gabungan itu.

Beliau turut melepaskan jawatan Perdana Menteri Ke-7 dan juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Susulan peletakan jawatannya, Yang di-Pertuan Agong telah melantik beliau menjadi Perdana Menteri Interim.

Yang di-Pertuan Agong juga telah bertindak memanggil 222 Ahli Parlimen untuk menyatakan undi sokongan kepada bakal Perdana Menteri yang akan dilantik.

Namun, Yang di-Pertuan Agong masih belum memperoleh keyakinan mengenai seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu.

Sehubungan itu, Istana Negara akan berhubung dengan ketua-ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat bagi memberi peluang untuk mengemukakan pencalonan nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.

Lewat petang semalam, Bersatu mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin calon Perdana Menteri tetapi tidak sampai 24 jam, pagi tadi Dr. Mahathir dalam kenyataannya menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri kerana yakin beliau mempunyai sokongan majoriti yang mencukupi di Dewan Rakyat. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Pendirian UMNO ialah mnyokong madey tapi tanpa pnyertaan dapigs dn apabila madey pun masih sanggup nk tidur sebantal dgn dapigs MN (UMNO & PAS) mnarik balik sokongan tu..Jadi kau cukup2lh sakit lutut dn hadam betul2 pndirian MN…

  2. Mahadir seolah olah ingin menongkat langit,dan menganggap org lain tiada lebih baik dari dirinya,
    Cukup cukup la,
    Berilah peluang pd org lain utk takbir negara,

Comments are closed.