KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathr Mohamad meninggalkan kediamannya, The Mines Residence pada pukul 12.13 tengahari dipercayai untuk menghadiri majlis perkahwinan di Kuala Lumpur.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin yang memberhentikan kenderaannya dan berbual dengan para wartawan berkata, pemimpin itu akan menghadiri majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.
“Tun sekarang tak pi Istana terus, dia pergi ke majlis perkahwinan, majlis tertutup di Shangri-La KL, kemudian baru dia akan ke Istana Negara,” katanya lalu beredar.
Para pengamal media telah berkampung pintu masuk The Mines Residence sejak pukul 8 pagi selepas menerima maklumat bahawa Dr. Mahathir akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada hari ini.
Pada pagi tadi Pakatan Harapan (PH) membuat keputusan mengejutkan apabila menyatakan sokongan penuh kepada Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.
Dalam kenyataannya pendeknya, gabungan parti itu memaklumkan, ia berpegang teguh kepada prinsip dan akan terus memperjuangkan PH dalam kerajaan. – MalaysiaGazette
Buatlah apa yang patut asal bahagia
Malas nak cakap. Puak-puak PH ini sudah menghuru-harakan negara. Akhirnya yang menderita adalah rakyat. Kesimpulan pemimpin-pemimpin PH tidak pedulikan rakyat dan ini bererti mereka tidak berjiwa rakyat. Semoga Tuhan menyelamatkan Malaysia/May God save Malaysia.