Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memeluk seorang penyokong semasa tiba di kediaman selepas upacara mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 8 di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 01 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin yang selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan hari ini melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana dilantik sebagai pentadbir baharu Putrajaya.

Beliau tiba semula di kediamannya dari Istana Negara pada jam 12.15 tengahari.

“Terima kasih Allah dan Yang di-Pertuan Agong. Saya akan keluarkan kenyataan dalam masa beberapa jam lagi,” katanya kepada media.

Sebaik tiba di kediamannya, para penyokong Muhyiddin mula bersorak dan melaungkan sorakan ‘Hidup Tan Sri’.

Bacaan doa diaminkan selepas itu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.