Tan Sri Muhyiddin Yassin yang selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan hari ini melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana dilantik sebagai pentadbir baharu Putrajaya.
Beliau tiba semula di kediamannya dari Istana Negara pada jam 12.15 tengahari. “Terima kasih Allah dan Yang di-Pertuan Agong.
Saya akan keluarkan kenyataan dalam masa beberapa jam lagi,” katanya kepada media.
Sebaik tiba di kediamannya, para penyokong Muhyiddin mula bersorak dan melaungkan sorakan ‘Hidup Tan Sri’. Bacaan doa diaminkan selepas itu.