Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku dalam keadaan tidak ‘terdaya’ berikutan tindakan Yang di-Pertuan Negara Agong (YDPA) enggan mengadakan pertemuan lagi dengannya hari ini.

Pertemuan itu sepatutnya bagi pihaknya menjejaskan kedudukan serta sokongan 114 ahli parlimen yang diperoleh Pakatan Harapan (PH) yang mencadangkan dirinya dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan.

Sebaliknya YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah bertitah supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri petang semalam dan sudah mengangkat sumpah di Istana Negara pagi ini.

“YDPA sudah membut keputusan dan Muhyiddin angkat mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8 pada jam 10.30 pagi nanti walaupun kita mempunyai majoriti.

“Saya sebenarnya tidak ada peluang untuk memberitahu Yang di-Pertuan Agong yang dia (Muhyiddin) tidak mempunyai majoriti dan tidak dapat berkomunikasi dengan istana,” katanya dalam sidang media khas di Yayasan al Bukhary pagi ini.

Ketika diminta pemberita apakah langkah susulan yang akan dilakukan oleh beliau selepas ini, jelas Ahli Parlimen Langkawi itu pihaknya kini akan menggunakan sidang Dewan Rakyat bagi melakukan undi tidak percaya.

Jelas beliau, PH terpaksa menunggu sidang parlimen untuk menunjukkan mereka mempunyai sokongan majoriti bagi membentuk kerajaan.

Namun Tun Mahathir juga memberi bayangan kuasa PH kini sudah terhad dan ada kemungkinan sokongan ahli parlimen berjumlah 114 itu akan berubah.

“PH akan terus berusaha memberitahu rakyat yang kami mempunyai majoriti sokongan ahli parlimen yang sepatutnya diberi peluang membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri.

“Tetapi ada juga kemungkinan untuk melambatkan sidang Parlimen selepas ini. Ini kerana kuasa sudah bertukar dan di tangan Muhyiddin.

“Apapun boleh berlaku, mungkin angka 114 juga boleh berubah. Kita berharap ianya tidak akan sengaja di lambat-lambatkan,” tegasnya. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Apabila sang saka puaka tua x dpt game kan YPDA … dia mula nak maen taktik laen lak … insafx la sang tua … masa ngko dah berlalu pergi jauh ….

Comments are closed.