Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Kerajaan gagasan Muafakat Nasional yang baharu dibentuk perlu memastikan mereka tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah, misalnya menggugurkan tuduhan kes berprofil tinggi yang melibatkan anggota parti mereka.

Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata semua pihak perlu menghormati sistem peraturan perundangan dan pengasingan kuasa di antara eksekutif, legislatif dan kehakiman dengan tidak mencampur-adukkannya dengan kepentingan politik.

“Walau bertukar kerajaan, sistem peraturan perundangan tetap berjalan seperti biasa… maka sebagai pihak eksekutif tidak boleh campur tangan… kalau kita hormati konsep itu maka tiada kebimbangan.

“Kalau kita campur tangan dengan menarik balik kes mereka yang didakwa, rakyat akan kata kerajaan tidak hormati undang-undang dan badan kehakiman tidak bebas, maka jangan sampai konsep itu ternoda,” katanya kepada Bernama ketika ditemui.

Beliau berkata demikian selepas menjadi panel jemputan bersama Pengerusi Biro Dasar dan Strategi BERSATU Datuk Dr Rais Hussin dalam program ‘BERNAMA 7.45’, terbitan Bernama TV, yang bertajuk ‘Hala Tuju dan Cabaran Perdana Menteri ke-8’ di sini malam ini.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya wujud tuduhan-tuduhan yang bermotifkan politik yang menyaksikan pemimpin diheret ke mahkamah tanpa bukti dan asbab kukuh, maka ia perlu dihentikan.

Annuar berkata dalam masa sama terpulang kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada mahu melantik mereka bagi melengkapkan barisan kabinet mengikut pertimbangan dan kewajaran beliau.

“Kalau lantik atau tidak lantik, jangan hukum, kerana seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan… maka saya yakin Perdana Menteri akan menggunakan kebijaksanaan dan pengalaman politik beliau dalam memilih barisan kabinetnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata tiada tempat di kerajaan Muafakat Nasional untuk mereka yang rasis dan mahu menjadi hero kepada hanya satu bangsa tertentu sahaja.

“Meskipun gagasan ini didominasi orang Melayu namun kita tidak seharusnya hanya melihat kebajikan satu kaum sahaja… kabinet hanya untuk mereka yang menghargai kemajmukan dan sama-sama mainkan peranan.

“Saya pasti Perdana Menteri akan membariskan wakil rakyat pelbagai kaum di dalam kabinetnya… Insya-Allah Muhyiddin tidak akan memilih orang yang mendukung sikap rasis atau cauvinis,” katanya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Betul tu, mana2 kes yang tengah berjalan biarlah proses undang2 itu berjalan. Mana yang belum atau disyaki perjalanannya seperti kes terowong TIPU di Pulau Pinang dan kes banglo murah tiada siming fool eloklah dimulakan proses2 pendakwaan atau didakwa semula.

    Pemabuk2 yang kerja mereka membunuh orang awam perlu segera dihukum maksimum!

    Jadilah negara hukum!

  2. Najib pun tak mahu kes dia digugurkan… To be fair with najib maka kes LTTE, kes Adib, kes terowong, kes banglo, dan kes salahguna kuasa Tommy Thomas perlu dibuka…

    Barulah boleh kita panggil Rule OF law…. Bukan mcm masa PM 7… Rule BY law… 🙂

  3. Sokong..
    Siapa saja yg bersalah.
    Kes pemimpin umno dgn kroni nya saja dah tak cukup mahkamah nak buat pendakwaan.
    Belum lagi cerita peguam bela cuti kena gigit anjing, nak hadiri perkawinan, sakit punggung, cuti demam selsema…
    Ini masanya muhyidin buat lebih baik dari kerajaan ph

  4. Dan berharap dakwa sekali lge, madey, tomi, setiausaha mtxsabu, salehuddin dan ramai lagi dari pakatan taik..

Comments are closed.