Carlos Ancelotti

LONDON – Pengurus Everton, Carlos Ancelotti dihukum Persatuan Bola Sepak England (FA) selepas dibuang padang ketika pertemuan dengan Manchester United kelmarin.

Pengurus warga Itali itu bersemuka dengan pengadil perlawanan selepas tamat perlawanan akibattidak berpuas hati dengan pembatalan gol kerana ofsaid.

Ancelotti akan didenda £8,000 pound jika dia terlepas pendakwaan sebelum Khamis ini.

Denda itu berkemungkinan akan dinaikkan kepada £12,000 sekiranya rayuan ditolak.

Ancelotti berkata dia hilang rasa hormat terhadap pengadil, Chris Kavanagh yang menafikan gol kedua pasukannya selepas merujuk Video Bantuan Pengadil (VAR).

Ancelotti mempertikaikan keputusan VAR dan dilayang kad merah.

Hasil rujukaan VAR mendapati Gylfi Sigurdsson berada pada kedudukan ofsaid semasa gol kedua dijaringkan. -MalaysiaGazette