KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) perlu menerima hakikat Tan Sri Muhyiddin Yassin kini Perdana Menteri kelapan.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, para pemimpin PH perlu memberi peluang kepada Muhyiddin untuk memimpin negara ke arah yang lebih baik.
“Saya mengharapkan kita dalam kalangan ahli politik ini berpolitik biar rasional dan berpolitik untuk memberi khidmat kepada agama dan negara serta rakyat.
“Bukan berpolitik untuk berdendam. Kita ‘politiking’ dapat gaji, sedangkan rakyat menderita daripada ‘politiking’ yang dimainkan oleh ahli politik,” katanya hari ini.
Beliau turut menggesa pemimpin PH belajar dengan kematangan dan sikap berlapang dada yang dipamerkan pimpinan Barisan Nasional (BN) ketika kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tidak menyeru rakyat bangkit di jalan raya dan sebagainya.
Katanya lagi, PH telah pun diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara dengan lebih baik, sebaliknya hanya memerintah 22 bulan tetapi tidak boleh menerima hakikat kekalahan.
Pada masa sama, beliau menasihati ahli politik supaya berpolitik untuk menyenangkan rakyat.
“Beri peluang kepada Muhyiddin dengan gabungan Muafakat Nasional serta parti lain untuk membangunkan negara. Rakyat perlukan kestabilan negara. Ini yang menjadi keutamaan kepada kami,” katanya.
Idris berkata demikian berikutan terdapat segelintir pimpinan PH masih tidak boleh menerima keputusan yang telah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Perdana Menteri.
Di samping itu, PH juga dikatakan akan mengemukakan undi tidak percaya di Dewan Rakyat terhadap Muhyiddin apabila sidang dewan berlangsung nanti. – MalaysiaGazette

















1. Adakah kerajaan pintu belakang salah satu contoh Matlamat Menghalalkan Cara yg di benci Islam?
2. Apakah penubuhan Hamim, Amanah, Berjasa bukan dari politik dendam PAS?
3. Apakah Muafakat Nasional menerima wadah perjuangan yg dipaliti gejala rasuah? Halalkah hanya kerana kuasa?
Dah diberi peluang tapi tak perform!
Ada yang mengata menteri roti john, menteri ikan kembong, menteri tanam buloh, dsb!