Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Jangan mengikut rentak pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang membenarkan sifat naga (dragon) masuk menyelinap dalam diri.

Itu peringatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kepimpinan baharu kerajaan pada masa ini.

Perumpamaan itu dibuatnya kerana naga adalah haiwan mitos yang ada dalam pelbagai hikayat China atau Barat.

“Haiwan ini lambang kuasa, ego, angkuh dan ganas. Dragon tak boleh dikalahkan oleh sesiapa. Yang boleh mengalahkan dragon hanyalah dragon itu sendiri. Bukan dragon yang lain tapi hembusan api yang datang dari tubuhnya sendiri,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Analogi itu sama dengan apa yang berlaku dengan Pakatan Harapan (PH) yang runtuh baru-baru ini.

“PH tidak dikalahkan oleh musuhnya. PH kalah dari api ego dalaman mereka sendiri. Yang menjatuhkan dragon PH ialah PH sendiri,” tegasnya.

Tambahnya lagi, PH ketika memerintah telah menyemarakkan api kemarahan rakyat.

“Menang dan memerintah dengan cengkaman yang menakutkan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan mahkamah digunakan untuk orang yang mereka benci dan memaafkan orang yang menyebelahi mereka.

“Manifesto bukan kitab suci. Bahkan ada yang kata Nabi pun tak tunai janjinya,” kata Ahmad Shabery. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.