KUALA LUMPUR – UMNO perlu menunjukkan parti itu bukan tamak kuasa selepas berjaya bersama parti gabungan Muafakat Nasional (MN) membentuk kerajaan baharu.
Ahli UMNO, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata, untuk dipandang mulia dan mempunyai nilai integriti politik yang tinggi, beliau mencadangkan pemimpin UMNO tidak mengambil apa-apa jawatan dalam pembentukan kerajaan pusat itu.
“Kita wajib menunjukkan UMNO bukan parti gila atau tamak kuasa. Tidak perlu berebut kuasa dan mengatur kuasa untuk polan si polan. Nanti rakyat muak, kita pasti terlungkup rebah ke bumi.
“Tindakan UMNO menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan adalah demi rakyat agar negara boleh memacu bergerak dengan baik,” katanya kepada Malaysia Gazette, hari ini.
Beliau yang merupakan bekas Ketua Pemuda Bahagian Batu berkata, demi rakyat, kestabilan politik dan keadaan ekonomi menjadi faktor sokongan UMNO kepada pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang baharu berusia dua hari.
Menurut Gulam Muszaffar, yang penting bagi UMNO terus berbakti kepada rakyat, agama, bangsa dan negara kerana perjuangan itu telah sinonim dengan jiwa dan raga parti.
“Sebelum ini, UMNO juga sudah selesa dengan tidak berjawatan dan bernafas selaku pembangkang. Tiada masalah sekiranya tiada jawatan.
“Apa yang penting kita perkukuhkan teras Muafakat Nasional kita bersama Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15). Di situ penilaian sebenar rakyat terhadap UMNO dan Pas.
“Dengarlah wahai para pemimpin ku, jawatan bukan semata-mata untuk berkhidmat. Rakyat sedang melihat kita sekarang,” katanya. – MalaysiaGazette

















BAGUS GAK IDEA TU..WLUAPAPUN KITA TGGU APAKATA BOSSKU DSNR..KAMI AHLI UMNO OK JER
Janganlah dengki. Untuk membantu menjayakan kerajaan baru ini, pengalaman pemimpin UMNO boleh dimanfaatkan. Bukan semua pemimpin dalam UMNO itu ada salah laku.Beberapa orang yang berhadapan dengan kes mahkamah itu sengaja dijadikan mangsa oleh PH untuk menunjukkan kononnya mereka melaksanakan’Rule of Law’. Pada hal, PH juga banyak tak betul. Semua janji-janjinya pada rakyat tidak ditunaikan. Rata-rata rakyat menderita bukan kerana BN tetapi kerana PH. Cuba imbas kembali, apa yang terjadi pada TH dan Khazanah. Semua asset umat Islam di negara ini dijual dan menjadikan kita lemah dari segi ekonomi. Seterusnya, anda boleh fikirkan……….
Setuju…
Setuju dengan anda…