Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan yakin akan terus menjadi kerajaan meskipun berlaku pergolakan di beberapa buah negeri yang akhirnya telah menyebabkan terbubarnya Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berterima kasih terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH serta exco-exco kerajaan negeri yang terus menggembleng tenaga untuk memastikan negeri tersebut sentiasa dalam keadaan stabil.
“Terima kasih kepada semua rakyat di Negeri Sembilan yang ingin melihat kestabilan yang baik ini.
“Kerajaan negeri nampaknya terus menjalankan tugas, sebagai sebuah kerajaan Insyaallah kita yakin mampu membangunkan negeri ini meskipun dalam suasana yang tidak menentu ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz di sini hari ini.
Jangan- gaduh-gaduh. Berikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat