KOTA KINABALU – Pemangku Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata tiada perbincangan berlaku dalam kalangan pemimpin parti di negeri itu berhubung gabungan baharu pemerintah di peringkat Persekutuan sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang minggu lepas.

“Setahu saya tiada isu kerana saya tahu semua orang gembira dengan kepimpinan di bawah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,” kata ahli dewan undangan negeri (ADUN) Tanjung Papat itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas prapelancaran Pendigitalan Kementerian Kesihatan Negeri dan Kesejahteraan Rakyat serta penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang di sini hari ini.

Poon diminta mengulas laporan media hari ini yang menyebut bahawa satu gabungan baharu di bawah lanskap politik baharu akan mengambil alih pentadbiran di lima negeri, termasuk Sabah.

Beliau berkata daripada sejumlah 60 kerusi dewan undangan negeri, kerajaan negeri semasa Sabah mempunyai 48 ADUN, termasuk lima wakil rakyat yang dicalonkan.

Poon berkata Mohd Shafie telah melakukan tugasan yang cemerlang menjaga kebajikan rakyat dan kepentingan Sabah.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast