Seramai 77 individu yang pulang ke negara ini dijangkiti wabak Covid-19.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Penggunaan sistem ‘Autogate’ dan ‘E-gate’ di semua pintu masuk seluruh negara ditutup sementara bermula hari ini sebagai langkah menangani penularan jangkitan COVID-19.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud bagaimanapun berkata tindakan itu tidak akan menjejaskan kemasukan pelancong ke dalam negara ini.

“Ya (autogate) ditutup sementara dan ia tidak jejaskan kemasukan. Ia (penutupan) untuk tujuan kawalan yang lebih ketat dalam menangani penularan virus COVID-19 dan kita akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam isu itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang surat arahan Jabatan Imigresen Malaysia kepada Pengarah Imigresen Negeri yang tular di media sosial dengan meminta mereka menutup sementara penggunaan sistem ‘Autogate’ dan ‘E-gate ekoran penyakit itu.

Hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 14 kes baharu COVID-19 lagi dikesan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat ke 50 kes.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast