A. Kadir Jasin

Datuk A. Kadir Jasin menulis lagi, kali ini dia membongkar apa terjadi dalam mesyuarat pada 23 Februari lalu yang dikatakan panas, sampai ada yang hentak meja.

Nama-nama yang disebut pula digelar pengkhianat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kadir tidak cerita sebab mesyuarat itu menjadi panas, dia tak cerita bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rakan-rakan terasa hati kerana tindakan DAP, PKR dan Amanah yang kurang ajar dengan Tun Dr Mahathir!

Dia pun tak ikhlas dan tidak jujur di dalam bercerita, sebagai orang yang menyebabkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perdana Menteri ke-7 tidak disukai dan dibenci orang, dia patut nasihat kepada Tun Dr Mahathir.

“Tun, kita ni dah tua, dah lama kita berjuang, banyak GAME dah kita buat, kali ini kita kalah, kalah sebab Allah Baha besar, saya nasihatkan Tun, kita terima sahaja lah keputusan ini, esok lusa kita pun tak tahu nasib hidup kita, ntah ada lagi ke tidak” – A Kadir Jasin (Sepatutnya la sebagai Penasihat)

Cukup-cukup lah wahai Kadir, yang terjadi pada 23 Februari adalah akibat dari kumpulan kamu yang tidak pandai menjadi penasihat kepada kerajaan PH.

Kamu lebih suka bergaduh dengan Istana, setelah Menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) mempromosi diri mereka di papan tanda, kamu tegur menggunakan media, walhal boleh membawa ke dalam mesyuarat.

Apabila DAP dan Amanah terus merobek kesucian Islam dan dasar negara, kamu diam dan tidak berbuat apa-apa.

Kadir mengambil contoh Julius Ceasar, kekejaman dan kekuasaan mereka, politik kuasa.

Seeloknya, dengan dunia yang semakin tua baginya, dia perlu membawa cerita Perang Jamal, bagaimana Siti Aisyah dengan Saidina Ali dilaga-lagakan sehingga berlakunya perang Saudara.

Boleh sahaja beliau bercerita bagaimana Kota Andalusia satu ketika dahulu kota umat Islam di mana sekarang sudah menjadi kota Kristian, ada juga sejarah moden, dijadikan contoh, bagaimana kejatuhan Iraq dan Libya.

Perikatan Nasional adalah peluang untuk Malaysia diletakan semula ke jalan yang betul, kesedaran rakyat sudah lama diterjemahkan, ‘forgive and forget’ . Betulkan negara ini sama-sama.

Bersama kita doakan para pemain politik lama sezaman Tun Mahathir ini kembali kepada Islam, walaupun ada banyak dosa orang lain kita lihat, kadang-kadang beri masa juga kepada diri kita untuk persiapan mati.

Sama-sama kita doakan kebaikan mereka.

Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ahli Majlis Kerja Tertinggi
UMNO Malaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

  1. Dulu kita sangka bahawa watak ‘tuan penasihat’ tu hanya satu bentuk sindiran yg dikomedikan oleh P.Ramlee menerusi filem Tiga Abdul-nya. Tetapi skrng tuan ‘punahsihat 20%’ nih benar2 wujud malah menjadi cukup tegar hingga tidak sedar idolanya itu pun tak boleh kowtim dgn Izrail utk postpone tarikh luputnya kelak. Biarkanlah si luncai politik nih terjun dgn labu2nya….. Salam.

  2. oooh patutlah written by umnoss…
    kalau tukar kerajaan cara betul, rakyat yg mengundi 2018 pru14 dulu tak marah walau sekelumit pun, ambiklah!! sbb buat cara betul dan berkhemah !!

  3. الله اكبر…. الحمد لله…. sesungguhnya mulia Islam itu kerana penganutnya…. Terbaik n Tahniah atas’ kesedaran Atok utk menasihati Tun, الله اكبر

  4. Biasalah bila menulis pun takkan nak tulis semuanya. Tak pelik ke kalau setan2 tahap gaban tu tak perewang kat tun dgn tuan penasihat. Paku Dulang Paku Serpih…., ke kau pakai paku rel keretapi. Agak2 lah juga kalau kepala setan tu pilih nak hasut dia hasut sape ya.. tak bodoh lah setan tu nak cari pencacai dia cari yang sama level.. Tuan Penasihat ada sampai level tu ke…?

  5. Dah tak relevan lagi!

    Ada pula yang yang mengangkat pemimpin DAP kafir menjadi PEMIMPINnya. Semasa PRU14 beliau kehulu kehilir berkempen sakan sehingga DAP menang besar!

    Kini dikatakan beliau MAHU MATI DIATAS TIKAR SEJADAH!

    Apa2 sajelah LABU!

  6. Aku tgok dr pemerhatian kami, tak ada2 yg tidak betul dlm pembentukan krjaan PN, sbb dia jadi krjaan melalui undang2 yg sah..so aku nk nasinat kpd pencacar2 dlm ph tu..tak.pyh nk hasut rakyat dgn cerita fitnah ya..jgn smpai fitnah tu mkn diri ya..yg komen dekat sini tu, klu bodoh tu lbh baik diam drpd komen kat sini..jgn serlahkan kebodohan ko tu ya..aku nasihat kpd pgomen yg bernama azian tu lbh baik ko jadi anjing kurat puak2 ph je. Dripad ko duk komen kat sini ya..klu komen ko yg sgt bodoh tu ya..

Comments are closed.