Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jumlah jualan telefon pintar di Asia Tenggara meningkat sedikit sebanyak 1% pada 2019 di tengah-tengah penurunan 2% dalam permintaan global.

Secara keseluruhannya, pengguna di seluruh enam pasaran utama rantau ini membeli hampir 97 juta unit peranti bernilai AS$23 bilion tahun lepas; mewakili pertumbuhan sebanyak 4% dalam nilai jualan berbanding 2018.

Malaysia dan Singapura meningkat pada kadar yang sama bagi nilai dan jumlah jualan telefon pintar, masing-masing sebanyak 13 dan 11 peratus.

Thailand merekodkan nilai jauh lebih tinggi berbanding pertumbuhan volum, iaitu 13% berbanding 6% manakala pertumbuhan Filipina 5% dan 3% dalam jumlah.

Hanya Vietnam dan Indonesia melaporkan pertumbuhan negatif dalam julat satu angka.

“Selama bertahun-tahun, pengguna di rantau ini sentiasa menunjukkan minat ke atas telefon bimbit, dengan kebanyakan mereka memiliki lebih daripada satu set atau menukar telefon pintar dengan kerap,” jelas Alexander Dehmel, Pengarah Bersekutu di GfK.

Menurutnya, peningkatan nilai dan pertumbuhan volum telefon pintar yang direkodkan di Asia Tenggara menunjukkan pengguna menaik taraf alat peranti masing-masing mengikut tred.

Perkembangan ini menunjukkan alat peranti sudah menjadi sebahagian daripada alat membeli-belah.

Sebagai contoh, laporan terbaru FutureBuy oleh GfK mendedahkan pasaran terbesar di Asia Tenggara iaitu di Indonesia, lebih tiga per lima (64%) responden bersetuju bahawa telefon pintar/tablet mereka adalah alat membeli-belah dalam talian yang paling penting mereka.

Di samping itu, lebih daripada separuh (58%) responden berkata, mereka lebih suka menggunakan peranti mudah alih untuk membayar transaksi.

Ia merupakan penegasan bahawa telefon pintar memainkan peranan dominan dalam kehidupan seharian pengguna. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Mana tak melonjaknya apabila RBA, RBB dan kem-kem talibarut komunis-teroris D4P-LTTE beli borong utk keperluan pasukan pengganas siber puaka mereka utk gerakkan kempen menghasut dan menabur terus fitnah menipu rakyat jelata pasca-kejatuhan PH-D4P-LTTE utk cuba perbetulkan kesilapan besar si saka fosil dinasour. Tapi, selepas perlantikan rasmi PM8 jer, rejim diktator PH-Kitulis-LGBTQ tu, mungkin pasaran hp merudum kerana hp2 terpakai yg dah tak berguna tu dijual lelong di serata negara tapi tak ada yg minat sbb bimbang banyak yg mungkin terjangkit viruskorona kaum puak komunis-teroris tersebut. Renung2kanlah. Salam.

Comments are closed.