TERKINI : Isteri Da’i Farhan Mengaku Tidak Bersalah Dakwaan Menipu Wang

Isteri Da’i Farhan, iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi mengaku tidak bersalah di mahkamah hari ini atas tuduhan menipu wang seorang wanita untuk mendapatkan sijil halal dan kelulusan Kementerian Kesihatan bagi produk keluaran wanita tersebut.

Mengikut pertuduhan, Noorainul, 41, didakwa telah mendorong Norsiha Aala menyerahkan wang sebanyak RM10,050 kerana mempercayainya mampu mendapatkan sijil halal dan kelulusan daripada KKM.

Kejadian itu berlaku pada 21 Disember 2017 hingga 26 Februari 2018 di Kelompok Nuri B, Taman Keramat Wangsa.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast