Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dipertanggungjawabkan terhadap semua jabatan kerajaan Persekutuan dan perkara di bawah tanggungjawab jabatan itu sehingga pelantikan menteri lain dalam jemaah menteri.

Perkara itu terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2020, yang disiarkan di laman web Jabatan Peguam Negara.

Menurut warta itu, perintah berkenaan berkuatkuasa mulai 1 Mac, 2020.

Warta itu menyatakan, menurut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Warta itu turut memaklumkan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2020 [P.U. (A) 77/2020] dibatalkan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast